Sunday 5 August 2012

KePeLBagAiaN BuDaYa.


ASSALAMMUALAIKUM

Alhamdulillah kita masih dapat bernafas dan menghirup udara yang telah dipinjamkan oleh Allah S.W.T. Kali ini kami tidak mahu perkatakan tentang GLOBALISASI lagi. Kami akan berkongsi tentang KEPELBAGAIAN BUDAYA pula, yang mana masih lagi di bawah tajuk Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa.

Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman  dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi di Malaysia. Melayu adalah kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengarauh  yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di  bandar-bandar di apantai barat semenanjung. India pula membentuk  7.5% daripada populasi.

Isu ini sering diperkatakan dan dibincangkan di mana-mana sahaja. Sama ada di peringkat negara, di dewan parlimen, kawasan bandar, di kampung mahupun di kedai-kedai kopi. Ianya sangat dekat di hati rakyat Malaysia, kerana negara kita hidup dalam kepelbagaian kaum yang mengamalkan pelbagai budaya dan kepercayaan. Di dalam slaid di bawah juga diterangkan definisi budaya dan cadangan untuk mengatasi kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia. 
Selamat Membaca (^_____^)

:::Jumpa lagi:::











No comments:

Post a Comment