Assalammualaikum...pembaca semua...
Diharapkan anda semua membaca persembahan slaid di bwah..
|
Slaid 1 |
|
Slaid 2 |
|
Slaid 3 |
|
Slaid 4 |
|
Slaid 5 |
|
Slaid 6 |
|
Slaid 7 |
|
Slaid 8 |
|
Slaid 9 |
|
|
Sebagai seorang yang telah berkecimpung dalam bidang pendidikan, seseorang guru sememangnya tidak dapat mengelakkan diri daripada melakukan sedikit sebanyak perubahan dalam pengajaran mereka. Ianya terus berlaku secara meluas dan bentuknya pula semakin canggih, teknikal dan kompleks. Sekiranya guru tidak bersedia untuk melaksanakan sebarang perubahan, masih statik dan kurang kecekapan untuk melaksanakan perubahan secara berkesan di peringkat sekolah masing-masing, guru berkenaan akan terus tertinggal dalam arus tranformasi pendidikan negara.
Perubahan yang dilaksanakan oleh guru melalui inovasi yang dilaksanakannya diharapkan akan mampu membentuk modal insan minda kelas pertama yang mampu menggunakan pengetahuan secara proaktif, kreatif, inovatif dan berkemahiran teknikal serta pengurusan bagi menangani persekitaran global yang berubah-ubah untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada kesejahteraan dan kekayaan negara serta sejagat. Ilmu, idea, kreativiti dan inovasi yang dijana daripada penyelidikan, penyerapan dan adaptasi ilmu sedia ada dari seluruh dunia diharapkan akan mampu menjadi landasan kemajuan negara dan masyarakat secara keseluruhannya.
Justeru golongan guru harus terus berusaha melaksanakan inovasi demi pembangunan negara dan bangsa yang akhirnya mampu untuk membangunkan masyarakat demokratik, adil, progresif, menghormati kepelbagaian, berintegriti, harmoni dan mempunyai jati diri dalam menghadapi cabaran global. Apakah pandangan anda tentang tajuk ini????
Sila tinggalkan komen, jika isu ini sedikit sebanyak dapat membuka minda anda..
Sekian...
Wasalam....
No comments:
Post a Comment