Monday, 6 August 2012

AdAptaSi InoVaSi DalAm p&p

Assalammualaikum..

Terima kasih kerana masih sudi dan setia dengan blog kami ini. Topik apa yang hendak dibincangkan kali ini yer...APA KATA ??? Kita berbicara tentang ADAPTASI PELBAGAI INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN...seperti mana yang telah kita ketahui, dunia sedang mengalami fenomena GLOBALISASI, jadi dalam diri seorang pendidik juga perlu mempunyai perubahan dan cuba membina dan membuat sesuatu yang baharu agar selari dengan zaman era GLOBALISASI. 

Kita sudah tahu , umumnya GLOBALISASI membawa kesan negatif dan positif, jadi mahu atau tidak mahu, kita harus melalui fasa dan fenomena itu untuk menjadi rakyat di sebuah negara yang sedang membangun dan menuju ke arah negara maju. Jadi kita sebagai pendidik perlu mempunyai jati diri dan tidak terus ketinggalan atau terus hannyut dalam GLOBALISASI yang telah melanda.

Berbalik kepada situasi di sekolah, seorang pendidik perlu bijak dalam menyesuaikan dan melakukan inovasi di dalam setiap pengajaran dan pembelajrannya. Pendidik perlu mempersiapkan diri dalam menghadapi murid-murid kini yang sedang leka dengan GLOBALISASI. Untuk menarik mereka dalam dunia pendidikan memerlukan pengorbanan dan ilmu yang sezaman dengan mereka.

Kami setuju dengan pandangan Gregore & Ward (1977) yang mengatakan bahawa pendidik yang mahukan kejayaan tugasnya ke atas individu murid haruslah memahami makna "individu", dan mereka mesti menghubungkan cara pengajaran dan cara pembelajaran individu berkenaan. Kebolehan menghubungkan kedua-dua aspek berkenaan juga melibatkan adaptasi inovasi guru dalam pemilihan bahan pengajaran.

Apa yang lebih penting semua pihak haruslah bekerjasama dan memiliki iltizam untuk melahirkan negara Malaysia yang kreatif dengan acuannya sendiri. Dalam sejaran dunia pendidikan di mana-mana pun sejak dulu hingga pada zaman ini, pendidik adalah kelompok ilmuwan yang telah berjaya memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mendidik masyarakat. kejayaan ini disebabkan keupayaan pendidik mengubah paradigma, kaedah penyampaian dan memiliki semangat kental untuk mendidik. Justeru itu, dalam konteks ini, sekali lagi peranan  pendidik amat diperlukan dalam usaha melahirkan sebuah bangsa dan negara yang kreatif.

Menurut Abd Rahim (1998), antara guru yang mengadaptasikan inovasi dan memberikan kesan kepada pembelajaran murid perlu mempunyai ciri-ciri berikut : 
  • Guru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan gaya pembelajaran murid.
  • Proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan alat bantuan terkini seperti penggunaan komputer, perisian (software) atau Internet.
  • Murid perlu didedahkan dan diberi bimbingan melalui gaya pembelajaran dengan cara pengumpulan data atau maklumat dan cara satu bahan disusun atau dianalisis.
  • Bagi menguatkan ingatan murid, murid perlu mengaplikasikan apa yang dipelajari kepada situasi baru.
  • Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran perlu menarik minat dan mencabar kebolehan murid.
  

(^____*) 
Setakat ini dahulu nanti kami paparkan contoh-contoh adaptasi inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. 
Jumpa lagi....
Wasalam.

No comments:

Post a Comment