Thursday, 30 August 2012

PROGRAM i-THINK


PROGRAM i-THINK

Objektif Program
  • Mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan guru dan murid membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan guru dan murid
  • Menghasilkan murid berfikiran kritis dan kreatif
  • Melalui modul yang dibangunkan oleh AIM.

Program ini menggunakan 8 jenis bentuk Thingking Maps iaitu :
(^_^)  CIRCLE MAP
(^_^)  TREE MAP
(^_^)  BUBBLE MAP
(^_^)  DOUBLE  BUBBLE MAP
(^_^)  FLOW MAP
(^_^)  MULTI-FLOW MAP
(^_^)  BRACE MAP
(^_^)  BRIDGE MAP

CONTOH THINGKING MAPS

APLIKASI 8 THINGKING MAPS DALAM MATA PELAJARAN

SAINS-HAIWAN


CIRCLE MAP
TREE MAP
BUBBLE MAP
DOUBLE BUBBLE MAP
FLOW MAP
MULTI FLOW MAP
BRACE MAP
BRIDGE MAP

SEKIAN DAHULU UNTUK APLIKASI i-THINK..
WSALAM....

Monday, 6 August 2012


Assalammualaikum...pembaca semua...
Diharapkan anda semua membaca persembahan slaid di bwah..

Slaid 1

Slaid 2

Slaid 3

Slaid 4

Slaid 5

Slaid 6

Slaid 7

Slaid 8

Slaid 9

Sebagai seorang yang telah berkecimpung dalam bidang pendidikan, seseorang guru sememangnya tidak dapat mengelakkan diri daripada melakukan sedikit sebanyak perubahan dalam pengajaran mereka. Ianya terus berlaku secara meluas dan bentuknya pula semakin canggih, teknikal dan kompleks. Sekiranya guru tidak bersedia untuk melaksanakan sebarang perubahan, masih statik dan kurang kecekapan untuk melaksanakan perubahan secara berkesan di peringkat sekolah masing-masing, guru berkenaan akan terus tertinggal dalam arus tranformasi pendidikan negara. 

Perubahan yang dilaksanakan oleh guru melalui inovasi yang dilaksanakannya diharapkan akan mampu membentuk modal insan minda kelas pertama yang mampu menggunakan pengetahuan secara proaktif, kreatif, inovatif dan berkemahiran teknikal serta pengurusan bagi menangani persekitaran global yang berubah-ubah untuk meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada kesejahteraan dan kekayaan negara serta sejagat. Ilmu, idea, kreativiti dan inovasi yang dijana daripada penyelidikan, penyerapan dan adaptasi ilmu sedia ada dari seluruh dunia diharapkan akan mampu menjadi landasan kemajuan negara dan masyarakat secara keseluruhannya.

Justeru golongan guru harus terus berusaha melaksanakan inovasi demi pembangunan negara dan bangsa yang akhirnya mampu untuk membangunkan masyarakat demokratik, adil, progresif, menghormati kepelbagaian, berintegriti, harmoni dan mempunyai jati diri dalam menghadapi cabaran global. Apakah pandangan anda tentang tajuk ini????

Sila tinggalkan komen, jika isu ini sedikit sebanyak dapat membuka minda anda..
Sekian...
Wasalam....

AdAptaSi InoVaSi DalAm p&p

Assalammualaikum..

Terima kasih kerana masih sudi dan setia dengan blog kami ini. Topik apa yang hendak dibincangkan kali ini yer...APA KATA ??? Kita berbicara tentang ADAPTASI PELBAGAI INOVASI DAN PERUBAHAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN...seperti mana yang telah kita ketahui, dunia sedang mengalami fenomena GLOBALISASI, jadi dalam diri seorang pendidik juga perlu mempunyai perubahan dan cuba membina dan membuat sesuatu yang baharu agar selari dengan zaman era GLOBALISASI. 

Kita sudah tahu , umumnya GLOBALISASI membawa kesan negatif dan positif, jadi mahu atau tidak mahu, kita harus melalui fasa dan fenomena itu untuk menjadi rakyat di sebuah negara yang sedang membangun dan menuju ke arah negara maju. Jadi kita sebagai pendidik perlu mempunyai jati diri dan tidak terus ketinggalan atau terus hannyut dalam GLOBALISASI yang telah melanda.

Berbalik kepada situasi di sekolah, seorang pendidik perlu bijak dalam menyesuaikan dan melakukan inovasi di dalam setiap pengajaran dan pembelajrannya. Pendidik perlu mempersiapkan diri dalam menghadapi murid-murid kini yang sedang leka dengan GLOBALISASI. Untuk menarik mereka dalam dunia pendidikan memerlukan pengorbanan dan ilmu yang sezaman dengan mereka.

Kami setuju dengan pandangan Gregore & Ward (1977) yang mengatakan bahawa pendidik yang mahukan kejayaan tugasnya ke atas individu murid haruslah memahami makna "individu", dan mereka mesti menghubungkan cara pengajaran dan cara pembelajaran individu berkenaan. Kebolehan menghubungkan kedua-dua aspek berkenaan juga melibatkan adaptasi inovasi guru dalam pemilihan bahan pengajaran.

Apa yang lebih penting semua pihak haruslah bekerjasama dan memiliki iltizam untuk melahirkan negara Malaysia yang kreatif dengan acuannya sendiri. Dalam sejaran dunia pendidikan di mana-mana pun sejak dulu hingga pada zaman ini, pendidik adalah kelompok ilmuwan yang telah berjaya memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mendidik masyarakat. kejayaan ini disebabkan keupayaan pendidik mengubah paradigma, kaedah penyampaian dan memiliki semangat kental untuk mendidik. Justeru itu, dalam konteks ini, sekali lagi peranan  pendidik amat diperlukan dalam usaha melahirkan sebuah bangsa dan negara yang kreatif.

Menurut Abd Rahim (1998), antara guru yang mengadaptasikan inovasi dan memberikan kesan kepada pembelajaran murid perlu mempunyai ciri-ciri berikut : 
  • Guru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan gaya pembelajaran murid.
  • Proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan alat bantuan terkini seperti penggunaan komputer, perisian (software) atau Internet.
  • Murid perlu didedahkan dan diberi bimbingan melalui gaya pembelajaran dengan cara pengumpulan data atau maklumat dan cara satu bahan disusun atau dianalisis.
  • Bagi menguatkan ingatan murid, murid perlu mengaplikasikan apa yang dipelajari kepada situasi baru.
  • Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran perlu menarik minat dan mencabar kebolehan murid.
  

(^____*) 
Setakat ini dahulu nanti kami paparkan contoh-contoh adaptasi inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. 
Jumpa lagi....
Wasalam.

Sunday, 5 August 2012

KePeLBagAiaN BuDaYa.


ASSALAMMUALAIKUM

Alhamdulillah kita masih dapat bernafas dan menghirup udara yang telah dipinjamkan oleh Allah S.W.T. Kali ini kami tidak mahu perkatakan tentang GLOBALISASI lagi. Kami akan berkongsi tentang KEPELBAGAIAN BUDAYA pula, yang mana masih lagi di bawah tajuk Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa.

Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman  dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi di Malaysia. Melayu adalah kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengarauh  yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di  bandar-bandar di apantai barat semenanjung. India pula membentuk  7.5% daripada populasi.

Isu ini sering diperkatakan dan dibincangkan di mana-mana sahaja. Sama ada di peringkat negara, di dewan parlimen, kawasan bandar, di kampung mahupun di kedai-kedai kopi. Ianya sangat dekat di hati rakyat Malaysia, kerana negara kita hidup dalam kepelbagaian kaum yang mengamalkan pelbagai budaya dan kepercayaan. Di dalam slaid di bawah juga diterangkan definisi budaya dan cadangan untuk mengatasi kepelbagaian budaya yang ada di Malaysia. 
Selamat Membaca (^_____^)

:::Jumpa lagi:::











::DuLu DaN kiNi tApi BuKaN sELamANya::

Assalammualaikum...

Kali ini, kami mahu tunjukkan pada semua gambar-gambar ..
Apa yang dikatakan perubahan yang berlaku akibat daripada GLOBALISASI dalam PENDIDIKAN....
Rakan-rakan juga boleh fikirkan dan renungkan bersama...apakah KESAN fenomena GLOBALISASI yang sedang melanda arena PENDIDIKAN...
Fikirkan dari skop tugas guru, murid-murid, pengurusan fail, pengurusan bilik darjah dan sebagainya......Adakah mendatangkan lebih banyak kebaikan atau mendatangkan lebih banyak keburukan,atau kedua-duanya seimbang ..
JOM CUCI MATA (@____@)




Kesimpulannya, semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia dengan langkah yang komprehensif. Kita tidak boleh mengelak daripada menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena globalisasi ini.

SETAKAT INI DULU..
JUMPA LAGI......

Saturday, 4 August 2012

iSu GloBaLiSaSi dAlaM pEnDidiKaN

Assalammualaikum..
Hai....berjumpa lagi kita ...
Seperti yang telah kami janjikan...
Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain
seperti PENDIDIKAN tidak terkecuali...
Kami akan kongsikan cabaran yang perlu dihadapi dalam PENDIDIKAN...cabaran ini merangkumi kepada semua pihak dan aspek....
Jom lihat slaid-slaid di bawah.....
Perkongsian idea lain, boleh tinggalkan komen di bawah....
SELAMAT MEMBACA....(^____^)

Slaid 1

Slaid 2
Slaid 3

Slaid 4

Slaid  5

Slaid 6

Slaid 7

Slaid 8

Slaid 9

Slaid 10

Slaid 11

Slaid 12

Slaid 13  








Sunday, 29 July 2012

GloBaLiSaSi

Apa yang kamu faham dengan globalisasi...!!!
Setahu kami, globalisasi ialah macam dunia tanpa sempadan la..
Dengan kata-kata lain...teknologi, facebook, iphone, dan macam-macam lagi lah.
Definisi globalisasi dalam buku ialah merujuk kepada satu cara hidup tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain...hah...hampir tepat definisi yang kami berikan....
Isu globalisasi yang akan kami ceritakan ini, golongan PENDIDIK harus ambil perhatian agar tidak ketinggalan...
Isu globalisasi yang kami maksudkan ini berkait rapat dengan arena PENDIDIKAN...
macam skema jer kan...
tapiiii..............
Para PENDIDIK sekalian perlu tahu....
tambah-tambah lagi, anak-anak murid zaman ini....
serba moden....
serba canggih....
serba tahu...
serba serbi..(*_@)
ok lah setakat ini dahulu,,, pada perkonsian yang seterusnya kami akan kupas isu yang ada di dalam tajuk..
ISU GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN....

jumpa lagi di lain perkongsian,,,tata....

Saturday, 28 July 2012

SeLamat DaTaNg dAri kAmi GuRu sEMaSa.....

nantikan isu yang menarik dari kami....cabaran semasa guru dalam arena pendidikan....